Tuesday, May 18, 2010

SCHOOL ENTERPRISE


Kami akan menawarkan kursus Membina Blog, Membina Laman Web dan Perniagaan Internet

Sunday, May 16, 2010

HOUSE FOR SALE

Coner lot house No 171 Taman Bukit Chamang for sale. Contact me 0145146048
3 bed room (1 upstair), 2 toilet.

Friday, May 14, 2010

MENGANGGUR ATAU ADA KERJA DAN INCOME?

Sekarang anda ada income kerana anda ada kerja sama ada makan gaji bekerja dengan kerajaan, badan berkanun atau swasta. Adakah anda yakin yang anak cucu anda ada kerjaya walaupun ada ijazah atau diploma? Risau tak?
Orang yang TAK risau tentang kerjaya generasinya ada 3 golongan, iaitu:
1. Golongan peniaga. Perniagaan atau keusahawanan adalah kerjaya yang boleh diwasisi oleh anak cucu.
2. Golongan petani yang banyak tanah. Kalau seseorang tu ada banyak bendang - tak usah risaulah, anak-anaknya akan jadi pesawah jugak.
3. Golongan ambil upah. Mereka tak perlu ada bisnes atau ada bendang. Cari makan dengan mengambil upah buat kerja. Anak-anaknyapun dilatih cari duit dengan mengambil upah, bekerjalah kat mana-mana. Barang teradap. Tak kisahlah kerja apapun asal masyuk.

Anda bagaimana?
Lebih malang kalau anda seorang tokoh. What everlah tokoh apa... anda seorang bapa, guru, ahli politik (eg pengerusi JKKK), pendakwah bebas, ulamak, pakar motivasi, pak imam dan sebagainya. Anda bercakap tentang kebaikan, pelajaran, ilmu pengetahuan, amalan mulia, tolong menolong, menderma, wakaf dan sebagainya. Anda mampu menolong orang lain pada kadar tertentu, tapiiii...
Tapi adakah anda mampu menyelesaikan masalah seseorang yang menganggur dan tak ada income... termasuk anak anda sendiri? Anda yakin anda mampu? Jika tidak, maka anda kena rasa ada kekurangan pada diri.
Jika kita ada kekurangan diri maka janganlah kita rasa besar diri - perasan hebat, pelekeh orang lain, kita je betul, orang lain tak betul (tara guna), tak boleh berniaga di facebook, tak boleh memperkenalkan produk melalui emel, tak boleh letak flyer di masjid dan surau, menjauhi orang yang terlibat dengan direct selling, takut dengan kawan2 yang buat MLM, mempertikaikan usaha keusahawanan orang lain dan paling parah bila anggap Islam hendaklah dipisahkan dari bisnes. Saja nak bagitaulah... memang dah taupun... Abdul Rrahman bin Auf - seorang usahawan terulung di zaman Nabi saw yang tergolong 10 sahabat yang dijamin masuk syurga!

Bagi seseorang usahawan, pengangguran tidak menjadi masalah kepada keluarga dan generasinya. Perniagaannya semakin berkembang, projek banyak tak terbuat. Perlu ada pengurus cawangan dan banyak pekerja nak pakai.

Masalahnya sekarang ni anda bekerja makan gaji, tak ada bisnes, tak tau dan tak mau bisnes... malu pulak tu nak bisnes. Memang malu dan memalukan serta menakutkan buat bisnes. Tak ramai orang nak buat bisnes. Takut tak laku, takut tak ada sambutan, takut stok berlambak kat rumah. Takut nak promote, takut digelakkan orang, takut tak menjadi. Takut orang beli tapi tak bayar, takut majikan marah buat part time. Tak pandai cakap, tak reti nak cari downline... dan tak ada masa dan modal.
Kalau skim cepat kaya atau pelaburan internet okay! Sanggup pinjam bank untuk melabur. Nampak jalan. Menjadi. Ada bukti depan mata. Sapa tak nak? Ustaz pun masuk!

Nak bisnes perlu modal, tapak niaga, ada benda nak diniagakan, ada peluang dapat projek, ada kemahiran seperti pandai memasak atau buat sesuatu, ada pekerja dan ada banyak kontek pasaran dan sebagainya... Maksud Hadith: 90% rezeki datangnya daripada perniagaan.
Boleh tak seseorang berniaga atau menjadi usahawan tanpa elemen-elemen di atas?
Jawabnya insyaAllah boleh kalau ada skill dan tahu tekniknya, ada ilmu dan maklumat dan yang paling awla... ada usaha keras, kegigihan/semangat dan keyakinan kepada rezeki Allah. Banyak berdoa dimurahkan rezeki dan beramal soleh
Saya pun sedang mengusahakannya... sebagai contoh:
1. Sumber Modal - koperasi keluarga. Anda jadi Pengerusinya
2. Peluang - dah ada modal, banyaklah peluang yang tidak ada batasnya.
3. Pemasaran - iklan percuma di internet - online -
nak lebih lanjut... tunggu seterusnya

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL

Banyak amalan, perbuatan, kelakuan dan tindakan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini yang salah di sisi agama, tetapi sudah menjadi kebiasaan atau sudah menjadi amalan kebanyakan orang. Maka perkara yang haram dilihat sebagai halal.

Budaya dan adat hendaklah ikut syariat - syariatkan budaya dan dan adat
Syariat yang bertunjangkan hukum al Qur'an serta sunnah nabi saw hendahlah dibudayakan.

Maka: Syariatkan budaya, budayakan syariat.

Tengok pertandingan ratu cantik di tv, salah. Tengok perlawanan bola sepak atau gusti yang jugak mendedahkan aurat, tak salah. Sebabnya, biasa dan popular.

Thursday, May 13, 2010

HUDUD

Hukum jenayah dalam Islam tidak banyak. Ada 2 jenis sahaja iaitu HUDUD dan QISOS. Kedua-dua jenis hukum ini sudah establish sejak Nabi Musa a.s. lagi. Hukum ini terkandung dalam Kitab Taurat. Rujuk Surah al Maaidah ayat 44 - 48. Jadi hukum berzina kena rejam itu sudah dikuatkuasakan sejak Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan kekal hingga ke umat Nabi Muhammad s.a.w.

Jus Manggis Biosteen



Biosteen produk manggis no. 1 Malaysia

layari: http://www.ccsb2u.com/hjmohdzaki